Skip to main content

Full text of "Koleksi Zine Punk Rock"

See other formats


J BUUETIN 



ROYALTI 

"KENBALIKAN HAK RAKYAT" 



Buletin Royalti diterbit secara berkala merupakan sebahagian dari agenda kempen 
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR). Kempen ini terlaksana 
atas inisiatif GEGAR yang berpusat di Kota Bharu, Kelantan. Ini merupakan 
sebahagian ikhtiar melawan gelombang oligarki yang semakin hari semakin nyata dan 
terasa kesannya. GEGAR ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili 
Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis 
Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah 
badan bukan kerajaan (NGO). 

Buletin Royalti diterbit dengan tujuan memberi kefahaman kepada masyarakat 
mengenai isu tuntutan royalti minyak bagi negeri kelantan ini. Kempen ini tidak akan 
berjaya jika Cuma kami yang bergerak sendirian. Untuk itu, kami menaruh harapan 
besar terhadap keterlibatan anda semua dalam setiap aktiviti kempen yang kami 
lakukan. Bantuan tenaga ataupun idea sekecil manapun merupakan kontribusi yang 
sangat berharga dalam hal ini. Ini bukan semata-mata perjuangan orang Kelantan, 
tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di atas semangat federalisme. Terima kasih di 
atas solidariti anda. -EDITORIAL- 

ROYM.TI PETROLEUM 
KELWTW. PPb YNVG 

PERLU WD*\ TWftJ? 

S Mengikut satu Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia yang terbaru, 
Kelantan mula mengeluarkan minyak sejaktahun 2004. 

Berdasarkan satu laporan yang diedarkan kepada pegawai Kerajaan 
Negeri, anggaran pengeluaran petroleum dari perut bumi Kelantan dalam 
tempoh satu tahun adalah RM2.5 billion. 

Anggaran royalti petroleum yang sepatutnya wajib dibayar kepada 
Kerajaan Negeri Kelatan setakat ini adalah sebanyak RM 1 billion. 

Akta Kemajuan Petroleum 1974 



✓ 



Melalui akta ini, maka lahirnya perjanjian di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri 
dengan Kerajaan Persekutuan dimana PETRONAS diberi hak untuk 
mengekploitasi petroleum yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai 
Malaysia. Dengan itu PETRONAS wajib membayar kepada Kerajaan Negeri 
dimana petroleum ditemui sebanyak 5% dari nilai petroleum tersebut. 
Perjanjian diantara Negeri Kelantan dan Kerajaan Pusat/ PETRONAS telah 
ditandatangani oleh Data' HJ. Mohamed Nasir selaku Menteri Besar dan Tengku 
Razaleigh Hamzah yang mewakili PETRONAS/Kerajaan Pusat pada tahun 1975. 



+ EDISI 1 

+ MARCH SD10 

+ TERBITAN 

BERKALA 
+ PERCUflA 
+ PENERBIT: GEGAR 




mm 



Wang Ehsan seperti yang di 
war-warkan oleh Perdana 
Menteri adalah sejumlah wang 
yang akan disalurkan kepada 
agensi-agensi Kerajaan 
Pusat/Cawangan UMNO, 
bukannya kepada Kerajaan 
Negeri. 

Royalti Petroleum adalah hak 
Kerajaan Negeri tanpa mengira 
apa parti politik pun yang 
memerintah dan adalah perkara 
termaktub di dalam perjanjian 
yang sah! 

Perkataan "EHSAN" itu sendiri 
walaupun mempunyai definisi 
yang baik di dalam kamus, 
namun adalah merupakan 
PENGHINAAN yang tidak terperi 
terhadap seluruh rakyat 
Kelantan. 

Manakala Royalti pula adalah 
sesuatu yang hak dan tidak 
boleh dipertikaikan sama sekali 
selagi kedua-dua pihak yang 
terlibat di dalam perjanjian 
(Kerajaan Negeri Kelantan dan 
Kerajaan Pusat/PETRONAS) 
tidak melanggar perjanjian yang 
termeterai di atas sifat keadilan. 



FAKTA PETROLEUM KELANTAN 



Jika ingin memahami situasi tuntutan royalti rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan, ada baiknya kita 
jelas mengenai perkara asas bersangkutan hasil petroleum, perjanjian yang termeterai melibatkan 
petroleum, gas dan sumber asli serta kecamuk politik yang telah mengakibatkan bertukarnya status 
royalti kepada wang ehsan. 

Beberapa fakta penting yang rakyat Kelantan dan orang Malaysia perlu tahu adalah: 



1. Malaysia memiliki hasil gas dan minyak di pesisiran pantai Laut China Selatan. 

Kawasan-kawasan tersebut melibatkan onshore dan offshore perairan-perairan pantai di 
beberapa buah negeri seperti Sabah, Kelantan dan Terengganu. Kelantan, sebuah negeri 
yang berkeluasan lebih kurang 14,922 km persegi, berlokasi di timur Semenanjung Malaysia, 
berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Negara Thailand juga 
memiliki persempadanan perairan luar pantainya (offshore). Perkataan offshore yang 
termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang 
ditentukan dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 bermaksud; 

■ Territorial sea iaitu 22km dari daratan 

■ Contagious zone iaitu 44km dari daratan 

■ Zon ekonomi eksklusif iaitu 370km dari daratan 



Oleh itu, sebarang hasil petroleum yang ditemui dan diperolehi di luar pesisir pantai [offshore) adalah 
milik salah satu daripada mana-mana 13 Negeri tersebut sehingga pemilikan diserahkan oleh 
Kerajaan Negeri kepada Petronas mengikut perjanjian yang ditandatangani berdasarkan Akta 144 
Kemajuan Petroleum 1974. 

2. Terdapat juga kawasan yan bertindih di antara Malaysia dan Thailand yang telah 
mengeluarkan minyak dan gas semenjak beberapa tahun. Kawasan ini dinamakan sebagai 
Joint Development Area. Di kawasan JDA ini, kedua-dua negara bersetuju membangunkannya 
bermodelkan kawasan pertindihan Australia-Indonesia di mana mereka mengikut undang- 
undang yang digubal di parlimen masing-masing. Malaysia telah menggubal akta Malaysia- 
Thailand Joint Authority Act 1990 untuk mentadbir kawasan JDA ini. Menerusi akta ini, 
Malaysia masih berkuasa penuh ke atas kawasannya di dalam JDA dan Perlembagaan 
Persekutuan masih menjadi Supreme Law. Akta 440 ini juga menjamin hak Negeri 
Kelantan ke atas perairan tersebut sebagai sebuah negeri yang memiliki kawasan perairan 
di dalam JDA tersebut. 

3. JDA (Joint Development Area-kawasan pertindihan Malaysia-Thailand) mempunyai 
keluasan 7250 km persegi dan terbahagi kepada tiga buah blok. 



Jarak kawasan adalah daripada : 

- Songkhla 260 km 

- Pattani 280 km 

- Kerteh310km 

■ Kota Bharu 150 km (Kota Bharu adalah yang terdekat) 



Dianggarkan, kawasan JDA ini menjana pengeluaran gas sebanyak 790 juta kaki padu sehari, 
bersamaan 248 trillion kaki padu setahun, memberikan nilai melebihi RM 4 billion setahun. Manakala 
23,000 tong minyak keluar dalam masa sehari. 




Malaysia-Thailand Joint Development Area 

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan 
salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali 
dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah 
teluk Thailand (Siam). 

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block: Block A- 
18, Block B-17 dan Block C-19. Diuruskan secara 
bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority 
(MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari 
sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber 
Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf 
(Trillion cubic feet). 

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan 
kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan 
tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf. 

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton 
Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat 
kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess. 

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh 
Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu 
syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional 
dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja 
pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut. 

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating 
Company (CTOC), usahasama antara Petronas 
Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari 
JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai 
simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi 
sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) 
dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 
MMcf sehari pada April 2007. 



APA YANG BERLAKU SEKARANG? 

Setakat ini, terdapat juga blok yang bersempadan antara 
Negeri Kelantan dengan Negeri Terengganu telah 
mengeluarkan hasil. Namun, hanya Terengganu 
menerima bayaran royaltinya. 

Kerajaan Malaysia juga cuba menafikan hak Kerajaan 
Kelantan dengan menimbulkan isu bahawa kawasan PM3 
adalah kawasan bertindih di antara Malaysia dan Vietnam. 

Kawasan operasi gas asli di kawasan PM303 iaitu di Lawit 
dan Jerneh (antara Kelantan dan Terengganu) turut 
mengeluarkan hasil namun royaltinya hanya dibayar 
kepada kerajaan Negeri Terengganu. 

TIGA BATU NAUTIKA? 

"pembayaran yang dibuat berdasar kepada istilah on- 
shore dan off-shore serta tidak berbangkit sama sekali 
kaedah tiga batu nautika.Kalau ada pendapat menyebut 
royalti hanya dibayar apabila carigali dijalankan 
kurang tiga batu nautika, itu pendapat yang sa\ah"-Nik 
Syaghir Nik Mohd Nor (Bekas Peguam Petronas) 

CUKUP UNTUK7 GENERASI 

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI 
sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk 
diterokai. (13,000,000,000,000). la cukup untuk 7 generasi 
rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). 



Tertera di Akta 440 Bahagian IV: 



PART IV 
ROYALTY 
Royalty 

7. The Joint Authority shall pay to each of the Governments 
royalty in the amount of live per centum of gross production of 
petroleum, in the manner and at such times as may be prescribed by 
regulations. 

PART V 
FINANCIAL. PROVISIONS 
Cost, benefit and annual payment 

8. ( 1 ) All costs incurred and benefits derived by the Joint Authority 
from activities carried out in the Joint Development Area shall be 
equally borne and shared by the Governments. 
Malaysia-Thailand Joint Authority 1 1 

(2) Until such time as the Joint Authority shall have sufficient 
income to finance its annual operational expenditure, the Government 
of Malaysia shall pay to the Fund such annual payments as may 
be determined in accordance with the Agreement subject to equal 

payments being made by the Government of the Kingdom of Thailand. 

(Sumber: Parlimen Malaysia) 



AKTA KEMAJUAN PliTROLIAM, 1974 



JADUAL 
(Scksycn 2 O,)) 

PEMBER1AN HAK-HAK. KUASA-KU ASA, 
K EBEBAS AN-KEBEBASAN DAN KE1STIMKWAAN- 
KEIST1MEYVAAN BERKENAAN DENG AN 
PETROLlAM 

Say;,. DA TO HAJI MOHAMED BIN NASIR, Menleri 
Besar Kclantan. bagi pihak Kerajaan Kclantan pada 1 
haribulan M*i ■ 1975 dengan ini mcmbcri untuk tetania- 
lamanya ilan mcmindahak dan melelakhakkan pada PE' 
THOMAS pemuiiyaan mcngcnai pctroliam dan hakhak, 
kuasa-kuasa, kebeba&an-kchebasan dan kctStirnewaan 
keistlmewaan cksklusif untuk mencari, mengeksploit, 
mcndapatkan dan memj>erolehi pctroliam yang bcrada 
samada di pantai atan di luar pantai Malaysia. Pembtri- 
an. pernindahanhakan dan pek'takhakan yang dibuat di 
bawab ini lidak holeh dibaialkan dan hcndaklah bcrjalan 
kuatkuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggar.ti- 
nya. 

PADA MEN YAKS1K AN hal yang tervcbut di atas saya 
bagi pihak Kerajaan Kclantan mcnurunkan tanda- 
langan saya pada suratcara ini pada haribulan dan tahun 
yang disebutkan tcrdahulu di atas. 




bagi pihak Kerajaan Kclantan 



Tnndatangan saksi: 



Sava. TENGKU RA7.Al.EICH BIN TENGKU MOHD. 
HAM/AH. Pcngeruni dan Kelua Eksckutif PETRONAS. 
bagi pihak PETRONAS dengan mi mcnyetujutcrima 
pemberian, pernindahanhakan dnr. pdetakhakan yang 
dibuat^il_atas 




Diperbual di Kcrta Bahru pada 1 haribulan Ma/. 1975. 



AGREEMENT PETRONAS DENGAN 
KERAJAAN NEGERI KELANTAN